Sunday, May 9, 2010

Mengenali Ziana Zain

....hokey pembaca2 @ bloggers sekalian, ni sambungan kisah Ziana Zain..Lps dah dpt jumpa buat pertama kalinya live depan mata, seakan xpuas-puas dah pulak, dah nk jumpa lg..kata dah puas kan, tp tula manusia, tak puas dgn apa yg ada..tp bukannya apa, selagi ada peluang, dan diizinkan olehNya selagi tula kena rebut ya tak?

Semuanya bermula semula setelah aku join group Zianafolks di alam maya iaitu www.zianafolks.net. Segala pengalaman, isi hati, pendapat, cadangan, gelak guling2 kami kongsi bersama dlm alam maya tu..Sampaila ada show Ziana kat Astro, Bukit Jalil 'Dari Studio Satu', barula dpt bertemu live plak dgn kawan2 yg selama ni dok melangut dlm forum tu..hehehehe..
Time ni la buat 1st timenya dpt pulak dengar kelunakan Ziana nyanyi live sendiri depan kitorg lps abis show tu.Bukan yg dengar depan pentas tu tp mmg dia nyanyi depan2 kitorg, depan mulut kitorg, pure mcm acapella la. Alkisahnya, lps abis show tu, kitorg xberganjak blk manala tau kot2 si Ziana lalu ke..Lagipun aku tgk semua kipas kuat mati xbalik2 lg..ni mesti ada apa2..

Tetibe je teriakan bergema Ziana Zianaaaaaa!!! Setelah letakkan brg2 dia dlm kereta Mercedes WGG (wanita gila2) dia, dia pun dgn humblenya dtg ke tempat kitorg di balik pagar! Pagar tu la yg memisahkan kami. Ayat pertama dia,'Ala kesiannya mcm dlm Zoo'. Time tu terkejut gakla aku dia layan fans dia mcm kwn2 je..xde plastik2..lahabau, hawau semua kuar dr mulut dia..hahaahah..pastu ada yg request, Kak G, nyanyila lagu baru..dia pun nyanyi..,'Dinginnya getaran asmaraaaa..' time ni lagu ni belum kuar lg tau..eksklusif tul! Aku pun rakam, lunaknya, sedapnya suara dia..pure. Xde suara2 mesin ye..time tula aku terpegun seketika, Ziana mmg boleh nyanyila..merdu pulak tu..serius merdu yg mana kemerduannya tu susah nk dengar bila ada music background ..

Sunday, May 2, 2010

Otai2 bloggers

http://hurtina.blogspot.com/

:: Ziana Zain ::

Terlintas nk taip pasal Ziana Zain ni sbb kt FB byk post ' Happy Birthday Ziana Zain'...ye, tanggal 2 Mei adalah tanggal kelahiran pemilik nama Siti Roziana binti Zain. Bila daftar join fanclub dia iaitu 'Zianafolks' barula tau nama panggilan dia kak Gee..kak g kak g..aku hengat sapela kak g ghupanya Ziana Zain..

Aku minat kat Ziana Zain start tahun 1996, iaitu tahun kegemilangan dia, tahun dia sapu bersih semua anugerah tp xdela sampai org lain xleh cari mkn..huhu tp aku masih ingat awal2 kemunculan dia aku pun dah mcm usha jugakla walaupun xminat lg disebabkan waktu tu aku ni kecik lg..xpaham benda tp aku masih ingat pencalonan dia dlm Muzik-Muzik, aku lalu dpn TV tiba-tiba berkumandang 'di dlm sendu yg teramat..' ianya mcm menarik2 aku utk mengadap tp yg pasti aku ingat dialog mak aku 'apelah tindik2 hidung mcm org India'..hahaha ye, Ziana Zain awal kemunculan dia dgn skirt pendek dan tindik hidung!

Tahun berganti tahun..sampailah aku dah pandai tgk tv, dengar radio, tgk hiburan..tahun 95-96,sblm ni bknlah xpandai tp xambik pusing (tetap kan). Tahun Ziana meletop kebabom dgn album 'Setiaku di Sini' tahun tu la aku berminat dgn dia. Sanggup aku kalau mak aku suh pegi kedai je, otw balik aku singgah pondok tepon aku tepon lagu Ziana. Dulu kt paper berlambak no 600-xxx-xxx lagu artis tu. Xpernah abis dengar lagu 'Korban Cinta' sbb xcukup duit.

Pastu, dpt idea kumpul duit beli kaset kosong, tgk request lagu dlm 'Pilihan Bersama Radio Muzik' then rakam. Pernah sekali aku sendiri request tp dlm Radio KL, sbb sape yg request, dia akan tepon balik kita.Aku pilih 'Satu Detik' -Ziana 'I Will Always Love u' -Whitney Houston dan 'Candle in The Wind'-Elton John (aku pilih lagu Elton nih sbb waktu tu popular Puteri Diana tu meninggal, aku nk dengar lagu dia best ke..). Sampailah si DJ call aku, time tu plak xbukak radio, kelam kabut pasang radio letak jauh2 sbb nnti kacau gelombang, pastu letak kaset kosong nk rakam sepanjang sesi interview..tanpa disedari langsung ahli keluargaku yg lain. Tup-tup bila raya balik kg, kena marah dgn acik sbb masuk radio.Mula2 masuk radio, esok jd artis pulak..katanya..Tak cukup tu, raya kt kg ada pulak org kg tegur. 'Eh ini anak Wak Daud yg masuk radio tu ye?' Time tu baru aku perasan impaknya masuk radio..baru tahu seluruh Malaysia la dengar! yela budak2 just nk dengar lagu Ziana je..huhuhu

Membesar la aku dgn lagu2 dia. Balik kg je aku dengar kaset Setiaku Di Sini yg pakcik aku beli. Sambil dengar radio sambil tgn pegang cover album dia yg ade lirik tu sambil nyanyi dan hafalkan. Pastu bila otw balik rumah pula kt Banting, aku bukak tingkap kereta luas2 nyanyi lagu Ziana Zain tu. Tp aku buat malam2 la..hahaaha.Oh ya kg aku kt Klg..so jauh gakla..

Zaman kolej pulak ramaila kengkwn yg akhirnya membuatkan impian aku menjadi kenyataan. Bertemu sendiri dgn penyanyi yg satu ni! Alkisahnya, kwn aku ni makcik dia org kuat TV3. Time AJL tu makcik diala antara org kuatnya. Masa nk masuk Sri Pentas tu layanan bagaikan VVIP, lautan manusia tu, makcik dia diiring dgn bodyguard meredah lautan manusia yg sedia memberi laluan kpd kitorg ni..fuuuhhhh..Time tu separuh akhir Ziana bawak lagu 'Bukan'. Abis je show kitorg pergi belakang pentas. Mula2 jumpa Siti Sarah, pastu kitorg ke belakang lg cari. Akhirnya nmpk Ziana dgn Aiman dan husband dia dr jauh kwn aku jerit 'Zianaaaa', dia terpinga2..aku pulak masa tu muka pucat lesi, speechless, ketaq lutut..aku pusing belakang tarik nifas jap eh salah nafas..baru pusing blk, kak Ziana nk begambr..dia ckp ok cpt2..PUAAAASSSS!!!




Saturday, May 1, 2010

...PerMuLaan SaTu KetuKan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nk mula dimana ye..? Org len sebok buat blog aku pun nk jugak..sebenarnya malas nk buat sbb ada FB la Twitterla hupdate je kt situ kan..tpkan..tpkan..blog ni leh cite panjang2 kan3?..

Tujuan..tujuannya..hrmmm..tujuan blog nih opkos nk sharing merring story morry dgn bloggers lains kan..katanya sharing is caring..

Nih nk bgtau, blog aku ni byk guna short form...kalau nmpk nombor 2 tu bukan bermakna kuasa dua mahupun punca kuasa dua..Kang xpasal2 ade yg amik kalkulator buat pengiraan fizik algebra bagai..tu maksudnya pengulangan kepada perkataan tu contohnya masing2 bermakna masing-masing, bukan masing kuasa dua..hehe ( jd cekgu le plak)..


Yela bukannya apa, takut ade hadek2 xpaham mcm aku dulu kecik2 baca 'Pancaindera'..ada tajuk 'Siti ..... kekwat' , aku yg masih bersekolah rendah berkerut2 dahi, apebende kekwat ni, cari kamus xde, tanya cekgu pun xtahu..bila dah besar, bercampur dgn org hiburan,baru la tahu..tu lanye besar peranan wartawan ni dlm paper masing2..jd kalau perkataan2 yg xde dlm kamus digunakan secara meluas di media elektronik @pun cetak, adakah memerlukan seorang lagi cekgu utk menjelaskan maksud perkataan2 ni? Tu belum lg keluar dialog makcik2 kt kg 'Apo bondo tu ojang?'.. x ke parah? Lagi satu, nasib baik aku belum jumpa lagi dlm kertas2 peperiksaan hadek2 ni guna perkataan2 ni..hmmmm..renung2kanlah..


Start membebel dah aku..huhu hokeyla..'Selamat datang, Selamat membaca, dan Selamat berkongsi Cerita'..InsyaAllah mana2 ilmu ke story basi ke, hangus ke xberapa nk masak ke akan aku usaha kongsikan..

Mohon tunjuk ajarku sifu otai2 bloggers sekalian kerna aku budak baru belajar..

Alhamdulillah, dgn izinNya, aku bersemangat nk taip blog ni ..moga terus diberikan peluang dan semangat untuk aku teruskan apa yg aku mulakan ni..



Terima kasih.