Terlintas nk taip pasal Ziana Zain ni sbb kt FB byk post ' Happy Birthday Ziana Zain'...ye, tanggal 2 Mei adalah tanggal kelahiran pemilik nama Siti Roziana binti Zain. Bila daftar join fanclub dia iaitu 'Zianafolks' barula tau nama panggilan dia kak Gee..kak g kak g..aku hengat sapela kak g ghupanya Ziana Zain..Aku minat kat Ziana Zain start tahun 1996, iaitu tahun kegemilangan dia, tahun dia sapu bersih semua anugerah tp xdela sampai org lain xleh cari mkn..huhu tp aku masih ingat awal2 kemunculan dia aku pun dah mcm usha jugakla walaupun xminat lg disebabkan waktu tu aku ni kecik lg..xpaham benda tp aku masih ingat pencalonan dia dlm Muzik-Muzik, aku lalu dpn TV tiba-tiba berkumandang 'di dlm sendu yg teramat..' ianya mcm menarik2 aku utk mengadap tp yg pasti aku ingat dialog mak aku 'apelah tindik2 hidung mcm org India'..hahaha ye, Ziana Zain awal kemunculan dia dgn skirt pendek dan tindik hidung!
Tahun berganti tahun..sampailah aku dah pandai tgk tv, dengar radio, tgk hiburan..tahun 95-96,sblm ni bknlah xpandai tp xambik pusing (tetap kan). Tahun Ziana meletop kebabom dgn album 'Setiaku di Sini' tahun tu la aku berminat dgn dia. Sanggup aku kalau mak aku suh pegi kedai je, otw balik aku singgah pondok tepon aku tepon lagu Ziana. Dulu kt paper berlambak no 600-xxx-xxx lagu artis tu. Xpernah abis dengar lagu 'Korban Cinta' sbb xcukup duit.
Pastu, dpt idea kumpul duit beli kaset kosong, tgk request lagu dlm 'Pilihan Bersama Radio Muzik' then rakam. Pernah sekali aku sendiri request tp dlm Radio KL, sbb sape yg request, dia akan tepon balik kita.Aku pilih 'Satu Detik' -Ziana 'I Will Always Love u' -Whitney Houston dan 'Candle in The Wind'-Elton John (aku pilih lagu Elton nih sbb waktu tu popular Puteri Diana tu meninggal, aku nk dengar lagu dia best ke..). Sampailah si DJ call aku, time tu plak xbukak radio, kelam kabut pasang radio letak jauh2 sbb nnti kacau gelombang, pastu letak kaset kosong nk rakam sepanjang sesi interview..tanpa disedari langsung ahli keluargaku yg lain. Tup-tup bila raya balik kg, kena marah dgn acik sbb masuk radio.Mula2 masuk radio, esok jd artis pulak..katanya..Tak cukup tu, raya kt kg ada pulak org kg tegur. 'Eh ini anak Wak Daud yg masuk radio tu ye?' Time tu baru aku perasan impaknya masuk radio..baru tahu seluruh Malaysia la dengar! yela budak2 just nk dengar lagu Ziana je..huhuhu
Membesar la aku dgn lagu2 dia. Balik kg je aku dengar kaset Setiaku Di Sini yg pakcik aku beli. Sambil dengar radio sambil tgn pegang cover album dia yg ade lirik tu sambil nyanyi dan hafalkan. Pastu bila otw balik rumah pula kt Banting, aku bukak tingkap kereta luas2 nyanyi lagu Ziana Zain tu. Tp aku buat malam2 la..hahaaha.Oh ya kg aku kt Klg..so jauh gakla..
Zaman kolej pulak ramaila kengkwn yg akhirnya membuatkan impian aku menjadi kenyataan. Bertemu sendiri dgn penyanyi yg satu ni! Alkisahnya, kwn aku ni makcik dia org kuat TV3. Time AJL tu makcik diala antara org kuatnya. Masa nk masuk Sri Pentas tu layanan bagaikan VVIP, lautan manusia tu, makcik dia diiring dgn bodyguard meredah lautan manusia yg sedia memberi laluan kpd kitorg ni..fuuuhhhh..Time tu separuh akhir Ziana bawak lagu 'Bukan'. Abis je show kitorg pergi belakang pentas. Mula2 jumpa Siti Sarah, pastu kitorg ke belakang lg cari. Akhirnya nmpk Ziana dgn Aiman dan husband dia dr jauh kwn aku jerit 'Zianaaaa', dia terpinga2..aku pulak masa tu muka pucat lesi, speechless, ketaq lutut..aku pusing belakang tarik nifas jap eh salah nafas..baru pusing blk, kak Ziana nk begambr..dia ckp ok cpt2..PUAAAASSSS!!!
No comments:
Post a Comment